SEDUTAN video menunjukkan seorang wanita  diikat di atas bonet kereta oleh suaminya.
SEDUTAN video menunjukkan seorang wanita diikat di atas bonet kereta oleh suaminya.
Agensi

San Jose, Costa Rica: Seorang lelaki mengikat isterinya pada bonet kereta dan memandu di jalan raya yang sibuk sebagai pengajaran selepas wanita itu berlaku curang.

Kejadian itu dirakam seorang pejalan kaki yang terkejut melihat sebuah kereta melalui satu jalan dengan seorang wanita terikat di atas bonet.

Tindakan lelaki itu juga menyebabkan sebuah lagi kereta terbabas ke bahu jalan selepas mengelak kenderaannya yang dipandu laju.

Dalam video berkenaan, jelas kedengaran suara wanita itu menjerit meminta tolong serta merayu suaminya supaya berhenti.

Bagaimanapun, lelaki itu terus memecut keretanya dan memandu ke jalan raya yang sibuk walaupun isterinya menjerit meminta tolong.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:59 AM