Amaran: Kandungan mengerikan / tidak menyenangkan.
Amaran: Kandungan mengerikan / tidak menyenangkan.
Agensi

Kabul: Sekurang-kurangnya 30 orang awam Afghanistan, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi terbunuh akibat serangan udara NATO ketika cuba memberi perlindungan kepada pasukan khas tentera Amerika Syarikat yang bertempur hebat dengan Taliban di wilayah Kunduz, utara Afghanistan, hari ini.

AFP melaporkan, jurucakap pentadbiran wilayah itu, Mahmood Danish, berkata Afghanistan dengan bantuan tentera bersekutu (termasuk Amerika) melancarkan serangan terhadap Taliban dan serangan udara menyebabkan 30 orang awam terbunuh manakala 25 lagi cedera.

Dua tentera Amerika juga terbunuh dalam operasi itu manakala dua lagi cedera selain tiga tentera pasukan khas Afghanistan yang turut maut.

Menurut pegawai Afghanistan, pertempuran sengit berlaku sejak semalam, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar apabila tentera Afghanistan dan Amerika mahu memberkas tiga pejuang Taliban, mereka dihujani tembakan.

Serangan udara bagi membantu pasukan itu menyebabkan ramai orang awam terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 8:39 PM