Kabul: Dua orang termasuk seorang kanak-kanak maut dalam serangan Taliban di Parlimen Afghanistan, semalam.

Serangan itu menyebabkan ahli Parlimen bertempiaran menyelamatkan diri.

Kejadian berkenaan disiarkan secara langsung di televisyen negara itu.

Serangan berlaku sejurus sebelum calon Menteri Pertahanan diperkenalkan kepada anggota Parlimen.

Ia berakhir dua jam kemudian dengan tujuh penyerang termasuk seorang pengebom berani mati terbunuh.

Serangan itu menimbulkan lagi persoalan mengenai keselamatan ketika tentera Afghanistan terpaksa berdepan dengan serangan Taliban tanpa bantuan NATO yang mengakhiri misi mereka Disember lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 9:47 AM