MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir pada Majlis Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-13, di Dewan DUN, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Izlaily Nurul Ain Hussein

Iskandar Puteri: Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) mampu menyumbang RM18.3 bilion kepada pendapatan negara kasar pada 2020 apabila ia siap sepenuhnya dan mula beroperasi dijangka tiga tahun lagi.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek PIPC itu juga bakal meyaksikan pertumbuhan aktiviti sokongan seperti rangkaian logistik, keperluan prasarana di pelabuhan, pembersihan serta penyelenggaraan.

"Ini akan menjadikan PIPC lebih cekap, lengkap dan berkesan, maka kita sebagai rakyat perlu bersedia merebut semua aktiviti sampingan ini serta pertumbuhan ekonomi yang berlaku di kawasan berkenaan.

"Apabila siapnya PIPC ini nanti, kesannya juga akan menghasilkan sinergi antara Malaysia dengan Singapura dalam membentuk hab minyak serantau," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Tan dalam soalannya ingin tahu apakah PIPC masih boleh memberi impak kepada alam sekitar dan sosial dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 1:53 PM