SHAHROM (kiri) bersama Zainal pada sidang media praperlawanan semalam.
SHAHROM (kiri) bersama Zainal pada sidang media praperlawanan semalam.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Isu pergaduhan membabitkan pemain Selangor di bilik persalinan ketika tewas 1-3 kepada FELDA United minggu lalu, mahu segera dilupakan kapten Red Giants Shahrom Kalam dengan menyeru rakan sepasukannya bangkit membenam kelab Sheikh Jamal Dhanmondi pada aksi Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Mengakui tumpuan pasukan sedikit terganggu ekoran insiden ‘panas’ itu, tonggak pertahanan berusia 31 tahun itu percaya selepas selesainya sesi bedah siasat bersama pengurusan pasukan kelmarin, semangat pemain kembali pulih dan bersedia menghadapi pertemuan penting itu.

“Memang selepas kalah dengan FELDA semangat kami sedikit jatuh. Tapi kami sudah buat ‘post-mortem’ dan mengenal pasti masalah. Jadi ia mungkin permulaan baru untuk kami keluar daripada masalah prestasi sebelum ini.

“Soal kes Mauro Olivi biarlah pengurusan yang buat keputusan, kami sebagai pemain perlu terus pandang ke depan terutama bertemu Sheikh Jamal esok (malam ini),” katanya pada sidang media praperlawanan di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 7:37 AM