YUSOF (baju putih) bersama Marjan Petrovski (empat kiri) di Hospital Melaka. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
YUSOF (baju putih) bersama Marjan Petrovski (empat kiri) di Hospital Melaka. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Kehadiran ibu bapa kepada penjaga gol simpanan Melaka United (MU) Marco Stefan Petrovski, 18, di Hospital Melaka malam tadi diharap menjadi sumber kekuatan kepada pemain naturalisasi terbabit yang masih tidak sedarkan diri akibat dipanah petir, Selasa lalu.

Bapanya, Marjan Petrovski tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari Australia lewat petang semalam, sebelum tiba di Hospital Melaka 9.40 malam tadi.

Marjan jelas murung ketika tiba di hospital sehingga tidak mampu memberikan sebarang komen mengenai situasi terkini anaknya.

"Ini waktu yang sukar, harap semua faham saya tidak bersedia untuk memberi kenyataan, kata Marjan selepas melihat anaknya Stefan di Unit Rawatan Rapi (ICU) malam tadi.

Difahamkan, sepanjang perjalanan menaiki kereta dari KLIA ke Melaka lewat petang semalam, Marjan tidak dapat membendung air mata kerana bimbang perkara lebih buruk menimpa anaknya.

Sementara itu, difahamkan ibu Stefan iaitu Marie Lupang, tiba di Hospital Melaka kira-kira 12.15 tengah malam tadi diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan isteri Datin Seri Fadilah Abdullah.

Timbalan Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA), Datuk Yusof Mahadi berkata, Marie kelihayan menangis melihat keadaan Stefan, dan mengambil peluang membisikkankata-kata semangat kepada penjaga gol itu.

Marie menaiki pesawat dari Portugal ke KLIA, sebelum melawat anaknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 11:36 AM