19 kumpulan menuntut kerajaan Selangor membatalkan tiga projek pembinaan lebuh raya. FOTO Muhammad Sulaiman
19 kumpulan menuntut kerajaan Selangor membatalkan tiga projek pembinaan lebuh raya. FOTO Muhammad Sulaiman
Fuad Hadinata Yaacob


Shah Alam: Sebanyak 19 kumpulan daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan bantahan di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Mereka menuntut kerajaan Selangor membatalkan tiga projek pembinaan lebuh raya di negeri itu.

Lebuh raya berkenaan adalah Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE); Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).

Kumpulan itu yang diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),

A Sivarajan turut menyerahkan memorandum kepada Pegawai Berita Menteri Besar Selangor, Shahril Said di lobi SUK.

Sivarajan berkata, projek pembinaan lebuh raya terbabit akan memusnahkan lima kawasan hutan simpan Selangor iaitu Hutan Simpan Rimba Ampang, Hutan Simpan Ulu Gombak dan Hutan Simpan Bukit Cherakah, Hutan Sungai Buloh dan Hutan Bukit Sungei Puteh.

"Lebuh raya EKVE misalnya akan memusnahkan hutan yang juga kawasan tadahan air yang membekalkan 19 juta liter air kepada 9,225 keluarga di Ampang," katanya.

Antara NGO yang turut serta dalam bantahan itu ialah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT); Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 12:15 PM