Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas di tasik Bandar Country Homes, pagi tadi.  FOTO ihsan bomba
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas di tasik Bandar Country Homes, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Rawang: Remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas selepas dikatakan mandi bersama rakannya di tasik Bandar Country Homes, 11.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Halim Abu Hassan berkata, mangsa ditemui pasukan penyelamat pada 1.35 tengah hari selepas usaha mencari dan menyelamat digerakkan hampir satu setengah jam.

"Mangsa mandi di tasik ini bersama beberapa rakan sebelum dikatakan menyelam dan tidak timbul," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Menurutnya, semasa ditemui di tasik yang berkedalaman tiga meter itu mangsa hanya berseluar pendek dan tidak berbaju.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 3:16 PM