FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Rawang: Dua beranak ditemui rentung dalam bilik tidur utama dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Jati Rawang kira-kira 9.30 pagi tadi.

Mangsa Mohd Syafiee Muhammad Ismail, 39, dan anaknya Nazifa Nawwarah berusia lapan tahun ditemui di lokasi kejadian jam 11.00 pagi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rawang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.56 pagi.

"Sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya 26 minit kemudian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 4:06 PM