ISKANDAR percaya tindakan tegas mampu selamatkan sukan badminton.
ISKANDAR percaya tindakan tegas mampu selamatkan sukan badminton.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) akur dengan ketegasan untuk menggantung seumur hidup mana-mana pemain yang didapati melakukan pertaruhan atau mengatur perlawanan.

Jelas pemain berusia 24 tahun itu, gejala tidak sihat itu sememangnya harus dibanteras walaupun hukuman yang dikenakan cukup berat.

“Macam saya sendiri, kalau berlaku aktiviti seperti ini saya nak tengok perlawanan badminton pun sudah tidak tertarik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kelmarin senada dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menggantung seumur hidup mana-mana pemain atau individu yang terbabit secara langsung dengan sukan itu jika didapati melakukan aktiviti pertaruhan dan mengatur perlawanan.

“Bagi saya, keputusan BWF itu memang tepat. Tak dinafikan hukuman itu memang berat tapi ia sudah dilakukan dalam sukan lain termasuk bola sepak. Jadi kita kena terima,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 7:54 AM