ASUS mengumumkan notebook game terbaru mereka, Republic of Gamers (ROG) G551 dari Siri G yang menampilkan peningkatan mendadak berbanding model sebelumnya deÂngan penggunaan CPU Intel Core i7 dan grafik terkemuka Nvidia Geforce GTX.
Notebook ASUS ROG G551 ini menggunakan paparan IPS bersudut lebar yang boleh dilihat dari mana-mana arah selain mempunyai resolusi HD penuh 1920 x 1080. Malah, ia boleh memberikan paparan 4K atau Ultra HD dengan menggunakan sambungan Trinity Display pada HDMI.
INFO
ASUS ROG G551
Harga: bermula RM3,499
OS: Windows 8.1
Pemprosesan: Intel Core i7-4710HQ (3.5Ghz, 6M Cache)
Grafik: minimum Nvidia GeForce GTX 860M 2GB GDDR5
Memori: minimum 4GB DDR3L
Paparan: 15.6 inci HD penuh IPS
Setoran: Sata 1TB
Sambungan: WiFi, ethernet
Audio: ASUS Sonicmaster
Bateri: 6 sel
Dimensi: 383 x 255 x 28-31.5mm
Berat: 2.7kg