Khairy ketika hadir bagi  mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Khairy ketika hadir bagi mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak menganggap kes rasuah pegawai kementeriannya sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

Beliau berkata, rasuah adalah jenayah dan pelakunya mesti diambil tindakan.

Katanya, beliau tidak akan melindungi mana-mana pegawai kementeriannya serta sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan khas yang ditubuhkan Jabatan Audit Negara.

"Saya ada tanggungjawab untuk pastikan segala proses ini diperbaiki dan diperbetulkan.

"Tugas saya untuk pastikan kita ambil tindakan proaktif dan perbetulkan keadaan," katanya dalam sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Khairy juga bersetuju supaya pegawai di bahagian 'sensitif' seperti perolehan dan kewangan mesti ada pertukaran kerap bagi mengelak kes rasuah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 6:36 PM