KEM Badwi Platinum Heritage menawarkan kemewahan, jauh daripada kaca dan keluli kemodenan pusat bandar Dubai.
KEM Badwi Platinum Heritage menawarkan kemewahan, jauh daripada kaca dan keluli kemodenan pusat bandar Dubai.
HIBURAN disediakan termasuklah tarian tradisional Khaleeji.
HIBURAN disediakan termasuklah tarian tradisional Khaleeji.
MELAKUKAN aktiviti di padang pasir menjadi impian pelancong di seluruh dunia.
MELAKUKAN aktiviti di padang pasir menjadi impian pelancong di seluruh dunia.
BERKONGSI sarapan seperti kacang kuda, balaleet dan lempeng dengan kaum Badwi.
BERKONGSI sarapan seperti kacang kuda, balaleet dan lempeng dengan kaum Badwi.
BERKONGSI sarapan seperti kacang kuda, balaleet dan lempeng dengan kaum Badwi.
BERKONGSI sarapan seperti kacang kuda, balaleet dan lempeng dengan kaum Badwi.
Susunan Siti Salmiah A Hamid

Hammad seorang Badwi tempatan yang menternak unta merenung dalam seolah-olah saya sudah menyinggung dirinya.

Saya dalam perjalanan untuk meneroka padang pasir Dubai ditemani Hammad yang rancak berbual selepas kami menikmati sarapan tradisional Emiriah.

Saya tanyakan Hammad, bagaimanakah dia dipengaruhi dengan perubahan di Dubai dari pedalaman padang pasir ke bandar antarabangsa dalam masa 25 tahun.

"Datuk saya memiliki khemah dan unta..."

Dia berhenti seketika, mengerutkan keningnya yang beruban dan muka­vnya ke arah matahari yang terik memancar.

"Saya mempunyai vila dengan lima bilik tidur, penghawa dingin serta kuda lumba! Adakah anda fikir saya tidak menyukai itu semua?"

Rupa-rupanya, dia adalah seorang lelaki yang periang.

Orang Badwi Dubai tidak lagi hidup secara nomad di padang pasir berdebu yang dijadikan rumah. Mereka kini sebahagian daripada landskap moden Emiriyah dilitupi dengan padang golf, menara tinggi, pusat beli-belah dan taman tema.

Selain penampilan, sejarah dan budaya asal masih boleh diterokai seperti mana yang saya temui ketika menyertai pasukan safari Platinum Heritage di pinggir Rizab Pemuliharaan Dubai.

Sebahagian safari ini merujuk kepada rizab, padang pasir paling bersih di Dubai dan rawatan lima bintang yang kami terima sewaktu menerokainya.

Land Rovers tanpa bumbung dari 1950-an, 'kumbang' bumbel kuning atau hijau, lebih tua daripada negara bersatu yang mereka lintasi, roda seperti konkrit, berbunyi seperti mesin pemotong rumput.

Sebelum bertolak, pemandu Mesir kami, Sharaf turut membawa beberapa skaf kepala berwarna merah, hitam dan putih.

Kami membalut kepala masing-masing seperti yang diarahkan. Saya berasa malu untuk memakainya, tetapi tidak pula berasa seperti pembelot dalam pakaian kebangsaan berlainan budaya ini.

Apabila kenderaan semakin laju, ia menyebabkan debu pasir berterbangan. Justeru, ekor skaf boleh ditarik untuk melindungi muka daripada pasir.

Jelas Sharaf, perjalanan itu bukanlah untuk 'menghentam bukit pasir'.

Selain ketidakserasian yang jelas dengan kereta klasik, ia boleh mengakibatkan kemusnahan kepada ekosistem padang pasir.

Ia mampu membunuh persekitaran sensitif haiwan yang tinggal di bawah tanah, membentuk 95 peratus daripada fauna tanah ditemui di kawasan semula jadi di Dubai.

Kami bergerak perlahan melalui bukit-bukau dan berhenti di beberapa tempat untuk merakam gambar.

Sesetengah pasir seperti emas, kasar dan tandus, bertaburan dengan tulang pokok yang membatu, hilang dalam gelombang di kaki horizon.

Di kawasan lain pula, pasirnya kuning keperang-perangan dibayangi ghaf gergasi dan pokok gam Arab serta belukar yang melindungi haiwan kecil di sana.

Pada satu lopak air yang tidak seberapa, gazel kurus dan oryx menunggu pada satu perimeter. Ia bukan malu pada kamera, tetapi tidak akan kembali sehingga kami beredar.

Kemudiannya, kami dibawa ke tempat lebih tinggi. Di situ, permaidani sudah disusun di atas pasir sebelum amfiteater semula jadi bermula. Kelihatan burung helang menunggu pada dahan ia bertenggek, ditutup kepala tetapi tidak pula ditambat.

Dewa daripada spesies helang Peregrine dan Wasp, spesies helang Barbary melakukan persembahan bersama jurulatih sewaktu matahari hilang diganti lampu kota Dubai.

Helang itu tidak pula bersentuhan dengan kami, tetapi memecah keheningan apabila ia terbang berdekatan membuatkan kami semua menjerit terkejut.

Kami bermalam di dalam kem, ketulan batu yang dibina kukuh oleh Sheikh Butti al-Maktoum dan disediakan untuk Platinum Heritage dengan syarat mereka menyediakan gambaran sebenar budaya Emiriyah.

Kami berbual dengan beberapa penumpang dan pemandu lain yang sudah berada lama di situ. Gahwa (kopi Arab) dinikmati sebelum ouzi (kambing panggang herba) dijamu dari tempat bakar arang.

Di padang pasir yang sunyi sepi itu, kami menikmati makanan tradisional yang lazat dan eksotik meskipun saya sudah lama tinggal di Dubai.

Sewaktu lgeimats (donut) dihidangkan, kami dihiburkan dengan tarian tradisional Khaleeji, wanita menari dengan menggoyangkan rambutnya yang panjang, hitam dan Yolas iaitu kalangan lelaki mengetuk irama menggunakan tongkat unta.

Kami menghisap shisha sambil bersantai di atas permaidani yang diletakkan di sekitar unggun api sehinggalah kesejukan padang pasir memaksa kami untuk tidur di dalam khemah bulu unta berdekatan.

Pengalaman di Platinum Heritage adalah berbeza daripada kebanyakan padang pasir safari. Ia berkisar ketelitian dan semangat, tetapi formulanya tetap sama, dijemput dengan Land Cruiser putih, berkonvoi ke pinggir padang pasir dengan keadaan tayar kereta dikempiskan bagi memudahkan perjalanan di atas pasir.

Pemandu akan memandu kenderaan ke atas bukit pasir bagi membolehkan pelancong menikmati pengalaman menakjubkan apabila kenderaan terhuyung-hayang dan sedikit terhempas dikenali sebagai 'dune bashing'.

Saya turut merakamkan perjalanan itu menggunakan kamera GoPro.

Tetapi, semua rakaman itu hanya memperlihatkan pasir dan langit, sekilas menampakkan bahagian dalam kereta dan jeritan ketakutan wanita Scotland dari tempat duduk belakang, rekod (suara) rosak... "Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidak, tidakkkkkkk!" Ia diselangi pekikan halus atau bunyi seseorang menggumam.

Beberapa pelancong safari ini kemudiannya mengakhiri perjalanan mereka dengan kekecewaan, menghabiskan waktu petang di pekarangan berpagar yang dipenuhi dengan unta dan motosikal, bufet berkualiti rendah dan penari dari Russia.

Saya sudah melaluinya banyak kali tanpa menyedari apa yang terlepas sehingga kini. Waktu pagi membawa sinaran matahari dan pandangan yang jelas. Angin sejuk malam menghalau pasir yang tinggal hanyalah tanda misteri fauna padang pasir.

Hammad ketawa dan berbual seolah-olah kami satu keluarga, mengalu-alukan kami ke dalam budaya yang tersimpan kemas meskipun ramai pengunjung ke Emiriyah Arab Bersatu.

Dia tunjukkan kepada kami. Ia ada untuk sesiapa saja yang mencari, tetapi mereka perlu tahu di mana untuk melihatnya.

Platinum Heritage menawarkan pelbagai pilihan safari, termasuk lawatan vintaj Land Rover, malam persendirian safari, makan malam safari, unta safari, memandu hidupan liar dan sarapan Badwi serta pengalaman helang.

Jika anda lebih suka menghentam bukit pasir dan tari-menari, operator terbesar Arabian Adventures ada jawapannya. Tetapi yang lain masih menawarkan yang sama.

Mereka yang lebih suka memandu sendiri perlu berhubungan dengan Off Road Zone yang menjalankan kursus memandu padang pasir setengah hari.

Al-Maha Resort menawarkan pakej tanpa pengembaraan tetapi penuh kemewahan. Peranginan ini mempunyai hubungan dengan Rizab Pemuliharaan Dubai serta mempunyai gazel dan oryx yang berkeliaran bebas di kawasannya. Sebuah bilik berharga kira-kira RM5,476.82 untuk satu malam-Sarah Walton, ekspatriat dari Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:03 AM