Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia belum menerima maklumat mengenai kematian rakyat Malaysia di Dubai yang dikatakan berkait dengan penularan Covid-19 di negara berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat diterima mengenai kematian itu.

"Kita tidak dimaklumkan lagi ada kematian (rakyat Malaysia) di Dubai.

"Kita akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat kalau ada kematian," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki warga Malaysia dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19 di Dubai.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 7:09 PM