PENTERNAK ikan sangkar air  tawar, Azman Zainuddin (kiri) dibantu adiknya  Mohd Muhaimi Zainuddin, 22 senantiasa memantau  ikan tilapia di sangkar ternakannya di Sungai Pahang dekat Jerantut Feri berikutan cuaca panas serta paras air sungai yang  rendah dan keadaan air sungai yang tidak mengalir boleh mengakibatkan ikan akan lemas dan mati. FOTO Amir Hamzah Nordin

Amir Hamzah Nordin

Jerantut: Kira-kira 30 penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang berdekatan dengan Jerantut Feri di sini, bakal mengalami kerugian kira-kira RM4,000 sehari, sekiranya cuaca panas yang melanda negara ketika ini berterusan.

Mereka mendakwa cuaca panas melampau menyebabkan suhu air sungai sehingga mencecah 32 Celsius sekali gus mengakibatkan ikan yang diternak dalam sangkar mudah mati.

Penternak ikan sangkar, Azman Zainuddin, 46, berkata, peningkatan suhu air dan penurunan paras air menyebabkan ternakan ikan

tilapia dan patin mudah mati.

"Ikan yang mati itu termasuk 30 hingga 40 ekor ikan tilapia sehari, membabitkan kerugian kira-kira RM150 kepada setiap pengusaha.

“Seandainya keadaan cuaca panas berterusan dan air sungai semakin cetek, ikan yang sepatutnya boleh dijual kira-kira tiga bulan lagi akan berkurangan.

“Saya terpaksa membawa keluar ikan yang bersaiz kecil antara 200 hingga 300 gram untuk segera dijual kerana bimbang akan menangung lebih banyak kerugian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 7:38 PM