Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Malaysia memerlukan undang-undang khusus bagi menangani masalah militan di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, undang-undang itu perlu bagi membolehkan pihak berkuasa berkenaan bertindak terhadap militan.

"Kita perlukan undang-undang untuk beri kita lebih kuasa bertindak kerana SOSMA dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) menjurus kepada akta jenayah.

"Bagaimanapun, kita sedang menghadapi aktiviti keganasan ini. Jadi perlu ada undang-undang khusus untuk berdepan perkara ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) PDRM di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 2:52 PM