KEADAAN mayat Diaz Beato yang duduk di kerusi sambil menyilang kakinya.
KEADAAN mayat Diaz Beato yang duduk di kerusi sambil menyilang kakinya.
Agensi

San Juan, Puerto Rico: Keluarga yang menghadiri majlis penghormatan terakhir seorang pemuda di sini terkejut apabila melihat mayat lelaki itu berada dalam keadaan duduk di kerusi dengan kaki bersilang serta memegang sebatang rokok.

Lebih mengejutkan lagi mayat Fernando de Jesus Diaz Beato yang mati ditembak baru-baru ini dipakaikan pakaian kegemarannya dan matanya juga dibiarkan terbuka.

Diaz Beato, 26, mati ditembak pada 3 Mac lalu oleh penyerang tidak dikenali ketika berjalan di depan rumahnya.

Sebuah rumah pengurusan mayat di sini membuat majlis penghormatan terakhir istimewa untuk Diaz Beato seperti yang dipinta keluarganya.

Kakak pemuda itu, Ihizz berkata, adiknya seorang yang ceria dan aktif serta suka berpakaian menarik dan bergaya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 8:20 AM