MAYAT Martinez (kiri) diawet dan didudukkan  di meja judi.
MAYAT Martinez (kiri) diawet dan didudukkan di meja judi.
Agensi

Puerto Rico: Mayat seorang lelaki diawet dan didudukkan di meja judi sambil dikelilingi rakan dan keluarganya.

Henry Rosario Martinez mati pada usia 31 tahun 19 Januari lalu di bandar Barceloneta, daerah utara Puerto Rico, akibat minum terlalu banyak arak yang dicampur dengan dadah.

Keluarganya enggan mengulas mengenai kematiannya. Bagaimanapun, media tempatan melaporkan, dia mungkin membunuh diri.

Ketika hidup, dia dikatakan gemar menyanyi muzik reggae, melaga ayam dan bermain poker.

Kerana itu, bapanya menghubungi Jose Mendelez, pemilik sebuah syarikat pengurusan mayat, meminta mayat anaknya diawet dan didudukkan di meja judi, bukan di dalam keranda, sebelum dikebumikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 7:20 AM