Ilyas (kiri) dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kiri) beramah mesra dengan penerima dividen Riza Makhzan Arifin (tengah) ketika Majlis Penyampaian Dividen. FOTO Hafiz Sohaimi
Ilyas (kiri) dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kiri) beramah mesra dengan penerima dividen Riza Makhzan Arifin (tengah) ketika Majlis Penyampaian Dividen. FOTO Hafiz Sohaimi
Syarifah Dayana Syed Bakri


Kuala Lumpur: Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) mengisytiharkan pembayaran dividen pada kadar 15 peratus ke atas modal syer bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Dividen berkenaan akan dikreditkan ke Akaun Simpanan-i Bank Rakyat pelabur secara berperingkat mulai 15 Mac ini.

Pengerusi Eksekutif KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, pembahagian dividen akan diagihkan kepada 10,000 pemegang saham KAPB dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.

KAPB adalah koperasi yang aktif dalam pelbagai sektor korporat termasuk automotif, perlombongan, pasaran kewangan dan hartanah.

Ia ditubuhkan dengan sasaran pelabur di kalangan Bumiputera berpendapatan tidak lebih RM300,000 setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 7:09 PM