Beijing: Kebakaran akibat gegaran bawah tanah di sebuah lombong arang batu di barat laut China semalam mengakibatkan 24 pelombong maut.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan 52 yang lain cedera dalam kejadian itu yang berlaku di lombong arang batu dikendalikan syarikat milik kerajaan Fuxin Coal Corp di wilayah Liaoning.

Katanya, gempa bumi kecil mengakibatkan percikan api yang menyalakan debu arang batu yang berterbangan, menyebabkan kebakaran merebak cepat ke seluruh lombong berkenaan.

Lombong di China dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Usaha yang dilakukan kerajaan China untuk meningkatkan langkah keselamatan sedikit-sebanyak berjaya mengurangkan kematian akibat kemalangan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:05 AM