PASUKAN penyelamat di lokasi kejadian. FOTO AFP
PASUKAN penyelamat di lokasi kejadian. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Sembilan pelombong disyaki terperangkap dalam insiden runtuhan di lombong arang batu dekat sini.

Berita itu disahkan oleh Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

Lopez Obrador pada Rabu berkata pasukan penyelamat dan pihak berkuasa wilayah bertindak untuk menyelamatkan pelombong yang terperangkap.

"Saya harap kita menemui mereka dengan selamat," ciap Lopez Obrador di Twitter, sambil menambah keruntuhan lombong itu menyebabkan banjir di dalamnya.

Lombong itu terletak di perbandaran Sabinas dan media tempatan menunjukkan rakaman ahli keluarga bertanyakan mengenai keadaan pelombong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 10:45 AM