JENAMA SUV dengan jualan paling tinggi selama 11 tahun di China.
JENAMA SUV dengan jualan paling tinggi selama 11 tahun di China.
KERUSI belakang boleh dilipat untuk lebih ruang muatan.
KERUSI belakang boleh dilipat untuk lebih ruang muatan.
REKAAN papan pemuka tampil eksklusif.
REKAAN papan pemuka tampil eksklusif.
KERUSI balutan kulit ciri terkini.
KERUSI balutan kulit ciri terkini.
Oleh Lizam Ridzuan


Haval Malaysia melalui Go Auto Sales Sdn Bhd yang juga pengedar eksklusif serta pemasangan kenderaan jenama Haval untuk pasaran Asia Tenggara melancarkan model varian baharu Haval M4 Elite, baru-baru ini.

Dijana enjin 1.5 liter VVT MPI empat silinder dengan 105 kuasa kuda pada 6,000 rpm, ia dikenali sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dipasang di Gurun, Kedah.

Haval jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris jualannya di China dalam tempoh 11 tahun sudah berada di pasaran negara ini sejak 2014.

Dalam tempoh itu, jualan kenderaan berkenaan meningkat daripada 66 buah kepada 1,500 unit pada 2015.

Antara ciri menarik pada varian Elite adalah rekaan lampu hadapan baharu dengan nyalaan siang dan jeriji berbentuk heksagon menjadikan ia tampak lebih menarik serta urban.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Azam Sulaiman berkata, sentuhan beberapa elemen terkini pada model itu untuk pasaran Malaysia dengan menawarkan produk yang berkualiti serta lebih nilai kepada pelanggan.

“Kami menyasarkan jualan sebanyak 1,500 unit untuk varian terbaharu ini yang juga ditambah baik pada rekaan dalaman dengan kerusi kulit, konsol tengah, Perakam Video Digital (DVR) dan Cermin Pandangan 360 darjah (AVM),” katanya baru-baru ini.

Haval M4 Elite dijual pada harga atas jalan termasuk insurans RM74,950 dengan jaminan pengeluar selama tujuh tahun dengan perbatuan tanpa had bermula bulan lalu.

Bagi menambahkan pilihan model kepada pengguna, Go Auto juga bakal membawa model baru iaitu Haval H2 dalam kategori SUV segmen C yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2016 @ 5:01 AM