PENDUDUK Kampung Assam Jawa  bergotong-royong menyiapkan rakit.
PENDUDUK Kampung Assam Jawa bergotong-royong menyiapkan rakit.
Oleh Suzaini Sulaiman

Kuala Selangor: Usaha membawa keluar serpihan bangkai pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235-220M yang mendarat cemas di pesisir pantai Assam Jawa dekat sini, Jumaat lalu berada pada peringkat akhir pelaksanaan.

Semalam, seramai 20 nelayan dari Jeti Kampung Assam Jawa bekerjasama membina rakit kayu bersaiz 6 x 6 meter bagi membawa serpihan bangkai pesawat itu terutama bahagian enjin dan kipas.

Difahamkan, kerja membawa naik serpihan pesawat itu terutama enjin dan kipas akan dilakukan hari ini namun ia bergantung kepada paras air laut.

Sebelum itu, pagi semalam nelayan membantu pihak berkuasa memasang pelampung di sekitar serpihan bangkai pesawat untuk mengapungkannya.

Sebanyak 10 pelampung iaitu tong air digunakan untuk tujuan berkenaan dan semua pelampung itu diikat pada bahagian tertentu pesawat itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 8:08 AM