Infantino berucap selepas dipilih Presiden FIFA baharu. FOTO AFP
Infantino berucap selepas dipilih Presiden FIFA baharu. FOTO AFP
AFP

Zurich: Setiausaha Agung Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Gianni Infantino dipilih Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baharu selepas memperoleh 115 undian di pusingan kedua undian pada kongres luar biasa FIFA, malam tadi.

Beliau dipilih selepas memperoleh majoriti mudah, mengatasi Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa yang mendapat 88 undi.

Dua lagi calon, Putera Ali Al Hussein meraih empat undi, manakala Jerome Champagne, gagal mendapat sebarang undi.

Pada pusingan pertama undian, Infantino dari Itali memperoleh 88 undian dari 207 negara anggota dan gagal mendapat majoriti mudah iaitu 138 undian.

Sheikh Salman dari Bahrain mendapat 85 undi, Putera Ali dari Jordan 27 undi, manakala Champagne dari Perancis tujuh undi.

Undian pusingan kedua terpaksa diadakan dan Infantino menang. Keputusan diumumkan Pemangku Presiden FIFA, Issa Hayatou.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 2:03 AM