PEKERJA warga asing bekerja di Putrajaya. FOTOfail NSTP Ahmad Irham Mohd Noor
PEKERJA warga asing bekerja di Putrajaya. FOTOfail NSTP Ahmad Irham Mohd Noor
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Kerajaan menyokong sepenuhnya pandangan Duta Besar Indonesia yang menasihatkan warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja sah jika mahu bekerja di Malaysia di bawah prosedur dan dasar sedia ada di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, dasar kerajaan mengenai penggajian pekerja asing bertujuan memastikan hanya pekerja asing mempunyai dokumen sah sahaja dibenarkan bekerja dalam sektor ekonomi tertentu di dalam negara.

"Menyentuh mengenai penggajian, ada keperluan di bawah Akta Imigresen yang mewajibkan majikan di negara ini hanya boleh menggaji pekerja asing dengan syarat kehadiran mereka di negara ini adalah sah.

"Penggajian mana-mana pekerja asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja sah adalah bertentangan dengan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pekerja asing yang tidak memiliki permit kerja sah berkemungkinan besar akan dieksploitasikan oleh majikan tidak bertanggungjawab dan juga tidak akan mendapat perlindungan seperti diperuntukkan di bawah undang-undang perburuhan sedia ada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 9:31 PM