KERETA remuk selepas merempuh belakang lori. FOTO ihsan pembaca
KERETA remuk selepas merempuh belakang lori. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Prai: Lelaki, 30, maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang lori di Kilometer 0.8 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mangsa, Khor Chong Meng, 30, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kereta mangsa yang datang dari arah Georgetown menghala ke Perai itu dipandu dengan laju dan gagal mengelak lori syarikat penyelenggaraan lebuh raya yang berhenti di lorong kanan jambatan itu.

Akibat rempuhan itu, kereta dipandu mangsa berpusing mengakibatkan ia remuk teruk di bahagian bumbung.

Mangsa yang beralamat di Nibong Tebal itu maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 10:09 AM