LENNON. Gambar kecil, gumpalan rambut milik Lennon yang dilelong.
LENNON. Gambar kecil, gumpalan rambut milik Lennon yang dilelong.
Agensi

Dallas, Amerika Syarikat: Segumpal rambut anggota kumpulan The Beatles, mendiang John Lennon dijual pada harga AS$35,000 (RM147,105) dalam satu acara lelongan di sini kelmarin.

Firma lelongan Heritage Auctions memberitahu, rambut sepanjang 10 sentimeter itu dibeli oleh seorang pengumpul dari Britain, Paul Fraser.

Rambut itu disimpan seorang tukang gunting Jerman yang memotong rambut Lennon sebelum kumpulan itu memulakan penggambaran filem komedi bertajuk How I Won the War pada 1967.

Gumpalan rambut itu antara barangan berkaitan The Beatles yang dilelong firma berkenaan.

Menurut Heritage Auctions, gumpalan rambut adalah yang terbanyak milik Lennon yang dijual dalam acara lelongan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 7:29 AM