NASKAH lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik. FOTO Agensi
NASKAH lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik. FOTO Agensi
BERNAMA

Washington: Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan ASS$1.74 juta.

Komik Detektif No 27, yang menampilkan pengembaraan unik The Batman pada muka depannya, adalah respons kepada watak adiwira Superman yang muncul dalam Komik Action No 1 yang diterbitkan 11 bulan lebih awal, menurut agensi lelongan, Goldin Auctions.

Enam muka surat saja. Itu sudah cukup untuk menyaksikan watak adiwira Batman berkembang sehingga menjadi lagenda cerita rakyat serta mampu diganding dengan seloka penglipur lara budaya masyarakat yang mendirikan kesenian Amerika, berkisar pada sisi Wayne Manor, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan agensi berkenaan.

Naskhah itu adalah satu daripada 36 sampel yang diperoleh daripada komik keluaran Golden Age dan hanya enam naskhah yang lain mempunyai gred lebih tinggi iaitu 6.5.

Bagi penggemar dan pengumpul koleksi komik, item berkenaan dianggap kitab suci dalam kategori komik dan menjadi edisi pertama yang memulakan watak Batman serta menjadi punca kepada kegilaan terhadap adiwira itu, kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Goldin Auctions, Ken Golden kepada CNN.

Sejak edisi berkenaan diterbitkan, Batman berkembang lebih daripada sekadar watak kartun.

Ia benar-benar berkembang sehingga menjadi simbol harapan rakyat dan punca mengapa pengumpul koleksi ingin memilikinya.

Menurut UPI, jualan berlangsung pada sesi lelongan barangan termasuk kenderaan yang pernah dimiliki mendiang penyanyi rap terkemuka, Tupac Shakur, baju pernah dipakai artis Prince dan kad lesen memandu pada 1966 ditandatangani penyanyi Jim Morrison.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 3:15 PM