Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor


Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2014.

Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM51.24 juta yang akan dimanfaatkan seramai 30,710 pemegang unit yang melanggan 826.51 juta unit ASN3.

Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Disember ini berdasarkan nilai aset bersih ASN3 pada 30 November ini.

Sementara itu, bagi pemegang unit yang melanggan menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP masing-masing.

Sehingga 24 November 2014, ASN3 meraih pendapatan kasar sebanyak sebanyak RM19.63 juta yang mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM8.73 juta, RM8.21 juta daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan RM2.68 juta daripada penjualan saham dalam syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 4:02 PM