Rumah kongsi yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Rumah kongsi yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Oleh Azahar Hashim

Kulim: Rumah kongsi di tapak projek perumahan Desa Ku, Jalan Padang Meha, Kulim, di sini, terbakar 80 peratus 12.50 tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Mohd Lokman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.59 tengah hari dan tiba di tempat kejadian pada 1.01 tengah hari.

Menurutnya, seorang pegawai dan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech dan BBP Kulim ke lokasi kejadian.

“€œSebaik tiba kita mendapati kebakaran membabitkan rumah kongsi diperbuat daripada papan dan zink.

“Rumah itu didiami pekerja warga Myanmar dan api dapat dikawal pada 1.35 tengah hari dan dipadam sepenuhnya jam 2.24 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta kerugian masih dalam siasatan,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:28 PM