Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau yang juga Pengerusi parti tiba pada 8.20 malam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir.

Mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen ini adalah yang pertama diadakan selepas rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri Dr Subramaniam juga hadir.

Antara perkara yang dijangka dibincangkan berkaitan isu dalaman parti serta situasi ekonomi semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 9:27 PM