ANTARA serpihan tulang manusia yang ditemui di lokasi kejadian. FOTO Hatim Ab Manan
ANTARA serpihan tulang manusia yang ditemui di lokasi kejadian. FOTO Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Rangka manusia dipercayai lelaki dianggarkan sudah meninggal kira-kira tiga bulan dijumpai di kawasan belukar bekas tapak penyembelihan di Jalan Ayer Keroh Lama, di sini, 3.30 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai pekerja tapak penyembelihan berkenaan ketika membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mangsa dianggarkan berusia lingkungan 20 hingga 30-an dan dipercayai mati serta berada di kawasan itu antara satu hingga tiga bulan berdasarkan keadaan rangka ketika ditemui.

"Hasil siasatan kami hanya menemui kira-kira 70 peratus daripada rangka manusia berkenaan dan 30 peratus lagi termasuk tangan kiri masih belum ditemui.

"Siasatan lanjut masih dijalankan tapak sembelihan ini sudah ditutup sejak dua tahun lalu dan polis akan menyiasat daripada semua aspek untuk mengesan punca sebenar kejadian dan mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang senjata ditemui dilokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 11:57 AM