JAGUAR XE. FOTO Erywan Norshal
JAGUAR XE. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan model sedan sport baharu menerusi Jaguar XE, hari ini.

Jaguar XE ditawarkan dengan tiga varian enjin yang menyalurkan kuasa maksimum berbeza membabitkan 200PS, 240PS dan 340 PS.

Bagaimanapun, ketiga-tiga varian itu berkongsi sistem transmisi automatik lapan kelajuan.

Model berkenaan menggunakan monokok intensif aluminium di mana ia lebih ringan untuk memberi penjimatan bahan api.

Intensif aluminium pada Jaguar XE itu adalah yang pertama dibangunkan berteraskan seni bina kenderaan modular baharu Jaguar Land Rover.

Jaguar XE yang didatangkan dengan varian Prestige, R-Sport dan S masing-masing dijual pada harga RM340,000; RM365,000 serta RM580,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 11:46 AM