KAWASAN parit di Kampung Kempadang yang menjadi tumpuan orang ramai. FOTO Bernama
KAWASAN parit di Kampung Kempadang yang menjadi tumpuan orang ramai. FOTO Bernama
SEEKOR buaya tembaga yang timbul di permukaan air sempat dirakam. FOTO Bernama
SEEKOR buaya tembaga yang timbul di permukaan air sempat dirakam. FOTO Bernama
NOTIS melarang orang ramai menghampiri atau mengganggu kawasan parit. FOTO Bernama
NOTIS melarang orang ramai menghampiri atau mengganggu kawasan parit. FOTO Bernama
PARIT di Kampung Kempadang yang menjadi tumpuan orang ramai. FOTO Bernama
PARIT di Kampung Kempadang yang menjadi tumpuan orang ramai. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuantan: Kawasan parit di Kampung Kempadang menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang untuk melihat kelibat buaya tembaga.

Dipercayai terdapat tiga ekor buaya tembaga yang muncul di situ sejak dua minggu lalu.

Buaya berukuran lebih dua meter itu dipercayai tersesat ke kawasan parit itu akibat limpahan air Sungai Kuala Baru yang bersambung dengan parit tersebut.

Operasi menangkap haiwan berkenaan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang dibuat dengan menggunakan tali dan umpan kulit ayam sejak hampir seminggu masih tidak berhasil.

Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati kawasan adanya buaya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:22 PM