Oleh Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Parit di Kampung Kempadang, di sini, menjadi tumpuan penduduk apabila

buaya tembaga muncul di situ sejak dua minggu lalu.

Reptilia berukuran kira-kira dua meter itu dipercayai tersesat ke parit itu akibat limpahan air Sungai Kuala Baru.

Penduduk berkumpul di tepi parit malah ada yang melemparkan makanan kepada buaya itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Datuk Khairiah Mohd Shariff berkata, ketika ini, pihaknya masih berusaha untuk menangkap hidupan itu.

"Operasi menangkap reptilia yang bermula malam Jumaat menggunakan tali dengan umpan kulit ayam kini masih tidak berhasil, kita akan terus mencuba dan sekiranya tidak berhasil, kaedah lain akan digunakan.

"Usaha menangkap buaya berkenaan akan terus dilakukan sehingga berjaya kerana reptilia terbabit dianggap berbahaya terutama apabila ia lapar dan terancam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 4:50 PM
Orang ramai melihat buaya tembaga yang muncul dalam parit di Kampung Kempadang. FOTO Mohd Rafi Mamat
Orang ramai melihat buaya tembaga yang muncul dalam parit di Kampung Kempadang. FOTO Mohd Rafi Mamat
Buaya tembaga yang tersesat di parit Kampung Kempadang, Kuantan. FOTO Mohd Rafi Mamat
Buaya tembaga yang tersesat di parit Kampung Kempadang, Kuantan. FOTO Mohd Rafi Mamat