BUAYA yang berjaya ditangkap di Sungai Samarahan, kelmarin.
BUAYA yang berjaya ditangkap di Sungai Samarahan, kelmarin.

Kuching: Seekor buaya yang menjadi buruan kerana dipercayai membaham seorang nelayan pada 3 Januari lalu berjaya ditangkap di Sungai Samarahan berhampiran Kampung Soh, Jalan Kuching-Serian, di sini, kelmarin.

Buaya berukuran tiga meter dengan berat lebih 100 kilogram itu berjaya ditangkap menggunakan umpan bangkai ayam kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC dengan kerjasama polis berjaya menangkap buaya berkenaan pada jam 10 pagi.

Menurutnya, operasi pencarian membabitkan kawasan seluas lima kilometer di hulu dan hilir lokasi kejadian.

"Pasukan SWAT memasang 10 mata kail bersaiz besar dengan umpan bangkai ayam di beberapa lokasi di tebing sungai berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 January 2015 @ 5:15 AM