HIDANGAN stimbot yang menyelerakan.
HIDANGAN stimbot yang menyelerakan.
(DARI kiri) Muhammad Zuraimi bersama abangnya Muhammad Zuhaili menunjukkan hidangan stimbot dan gril di Hot Pot King.
(DARI kiri) Muhammad Zuraimi bersama abangnya Muhammad Zuhaili menunjukkan hidangan stimbot dan gril di Hot Pot King.
AMIR menikmati hidangan di Hot Pot King.
AMIR menikmati hidangan di Hot Pot King.
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

mohdazam2hmetro.com.my

Sebut saja hidangan yang hendak dimakan, sama ada ketam, udang, daging, ayam, ikan, siput, sotong atau kambing serta lebih 40 hidangan lain, semuanya tersedia secara panas di depan mata tanpa had.

Masih tidak cukup lagi? Anda boleh ‘berkampung’ dan menikmati juadah di restoran ini sepanjang waktu operasi perniagaan setiap hari dari jam 11 pagi dengan satu kadar harga hingga 1 pagi apabila pintu ditutup.

Pendek kata, restoran ini sesuai bagi ‘kaki makan’ atau sekumpulan individu yang inginkan waktu tertentu untuk duduk semeja makan bersama sambil berborak atau berbincang sesuatu.

Itu keistimewaan hidangan bufet stimbot dan gril Restoran Hot Pot King di Prima Sri Gombak yang bukan saja boleh dimakan sepuas-puasnya sebaliknya ditawarkan dengan harga murah.

Pemiliknya, Muhammad Zuraimi Muhammad Nasir Yeap, 25, berkata, hidangan stimbot dan gril membezakan Restoran Hot Pot King dengan restoran stimbot di tempat lain.

Katanya, pihaknya sengaja menyediakan hidangan stimbot dan gril berikutan adunan dua hidangan itu serasi dimakan bersama dan memberikan sensasi rasa berbeza.

“Stimbot ini memang kita tahu ia dimakan berkuah. Manakala gril pula adalah hidangan yang dipanggang sedikit kering dan dimakan dengan sos.

“Biasanya, bila pelanggan kerap makan yang berkuah, mereka cepat rasa jemu atau kenyang. Jadi, hidangan panggang ini akan mengubah rasa itu dan membuatkan keinginan makan mereka sentiasa ada,” katanya.

Kadar harga yang dikenakan pula berpatutan iaitu RM28.90 bagi dewasa, RM14.45 bagi kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun dan percuma bagi yang berusia di bawah empat tahun.

Mahu membuang stigma masakan stimbot adalah sama, Muhammad Zuraimi berkata, Hot Pot King mengetengahkan rasa berbeza dengan menawarkan pelbagai pilihan hidangan stimbot, rencah perapan dan sos cicah berlainan termasuk rencah istimewa Hot Pot King.

“Di sini, kami menyediakan empat jenis kuah berbeza merangkumi tomyam, sup ayam, kari dan juga asam pedas dengan pilihan berbagai jenis mi seperti mi bayam, bihun, yee mi, stimbot mi, maggi dan mi kering.

“Lauk atau hidangan adalah tanpa had. Pelanggan boleh menikmatinya mengikut kehendak mereka selagi mampu makan.

“Manakala untuk hidangan panggang pula, ada lima rencah berbeza iaitu masala, paprika, barbeku, kicap dan black pepper (lada hitam) yang memberi kepuasan,” katanya.

Menurut Muhammad Zuraimi, setiap bahan pula dipilih sendiri di pasar setiap hari bagi memastikan pelanggan menikmati juadah segar dan berkhasiat seterusnya merasai nikmat stimbot dan grill di Hot Pot King.

Selain itu bagi memenuhi selera pelanggan yang inginkan masakan panas, Hot Pot King turut menyediakan lebih 20 hidangan tambahan atau add-on yang boleh dibungkus atau dimakan di sana termasuk hidangan ‘baby lobster’ yang dimasak pedas.

‘Tak sangka sedap macam ni’

Kali pertama merasai stimbot dan gril, Amir Raja Lawak mengakui tertarik dan berselera dengan hidangan disediakan di Hot Pot King.

Menurutnya, aroma dari stimbot yang menggelegak ketika masak menaikkan seleranya apatah lagi saat hidangan disuap ke mulut.

“Ini memang kali pertama kali saya makan stimbot dan terus terang cakap, bagi individu yang kali pertama makan, ia sedap dan menyelerakan. Sebelum ini saya tak pernah makan sebab lihat ia berbeza dan pelik. Jadi saya tak pernah mencubanya.

“Ternyata, persepsi saya salah dan ia memang lazat dan menaikkan selera,” katanya.

Amir berkata, di Hot Pot King dia menyukai hidangan gril berikutan rasa rencah dalam juadah berkenaan jelas terasa sebaik gigitan pertama. Bahkan dia mengakui kesegaran bahan berkenaan serta kelembutannya membuatkan ia enak dimakan sama ada dengan atau tanpa nasi.

Secara keseluruhannya, Amir berpuas hati dengan hidangan stimbot dan gril di Hot Pot King. Malah dia mengakui dengan konsep hidangan tanpa had itu, ia akan membuatkan restoran itu sebagai tempat paling sesuai untuk berhimpun dan makan beramai-ramai secara santai atau bagi yang membuat perbincangan bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 5:01 AM