Dr Vida bersama Annuar bersama pemain Kelantan di majlis memperkenalkan jersi PQTRW.
Dr Vida bersama Annuar bersama pemain Kelantan di majlis memperkenalkan jersi PQTRW.
Oleh Azlan Hafeedz


Kota Bharu: Pasukan Kelantan memperkenalkan tiga edisi jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang diyakini mampu dimiliki semua penyokong.

Majlis memperkenalkan jersi itu disempurnakan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida dan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, di sini, hari ini.

Dr Vida yang juga penaja utama pasukan memberitahu jersi itu dinamakan Mantera yang dijual pada harga RM68, manakala Millenia (RM98) dan Supra Player (RM168).

Katanya, jersi Mantera dijangka menjadi rebutan penyokong kerana harganya yang lebih murah namun, masih menggunakan fabrik berkualiti tinggi.

"Alhamdulillah rekaan jersi ini mendapat restu KAFA dan dapat direalisasikan.

"Ia akan berada di pasaran dalam masa terdekat dan In Shaa Allah tidak akan mudah ditiru pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 6:45 PM