KOSE Onsen adalah penginapan kami di Karuizawa iaitu rumah tradisional Jepun.
KOSE Onsen adalah penginapan kami di Karuizawa iaitu rumah tradisional Jepun.
Muhammad Shafiq A Rahman


JEPUN antara destinasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia jika melancong.

Tanyalah sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu pasti ingin berkunjung lagi jika berkesempatan.

Pengalaman berada di Jepun juga kami berempat abadikan di sini. Perancangan sudah lama dibuat dan ia menjadi perjalanan percutian paling bermakna pada tahun lalu.

Akhirnya pada Februari tahun lalu, selama 12 hari kami berada di negara itu. Sebagaimana yang kita tahu Jepun sememangnya antara negara yang 'mahal.'

Persoalannya, adakah mustahil untuk bercuti bajet di Jepun?

Walaupun Jepun sebuah destinasi yang 'mahal,' percutian bajet tidak mustahil untuk dilakukan. Pada yang bercadang ke sana anda boleh rancang setahun awal.

Kenal pasti sebaiknya hotel, tempat, makan halal, tempat solat dan kenderaan.

Kenapa Jepun menjadi pilihan kami? Sebabnya kerjaya kami berlatarkan animasi. Apatah lagi minat terhadap 'game,' animasi, muzik dan filem dari negara matahari terbit itu sudah lama kami pendam.

DALAM perjalanan ke Togakushi Shrine sambil menikmati keindahan pergunungan bersalji.
DALAM perjalanan ke Togakushi Shrine sambil menikmati keindahan pergunungan bersalji.

Selain itu, Jepun juga mempunyai keindahan keindahan alam semula jadi dan sejarah budaya yang berbeza.

Untuk kali ini kami memilih tengah dan utara Jepun. Bertolak dari Malaysia pada 2 petang dan sampai di Haneda Airport Japan dalam jam 7.30 malam.

Kami naik 'train' untuk ke hotel kami tempah di Ueno. Ueno adalah salah satu lokasi yang memudahkan kami untuk bergerak dari Tokyo ke Nagano.

Di Ueno juga senang untuk cari makanan halal dan pengangkutan yang memudahkan pergerakan kami. Ibaratnya Ueno Station sama seperti KL Sentral di Malaysia.

Mengunjungi Tokyo, pelbagai pengalaman menarik yang tidak dapat kami lupakan.

Ia adalah bandar paling popular yang menghampiri sembilan juta penduduk.

Destinasi sempat dikunjungi di Tokyo ialah Nezu Shrine (kuil dibina pada 1706), Ginza (ada restoran halal iaitu Halal Tendon Itsuki), Shibuya, Odaiba, Akihabara, Asakusa, Tokyo Skytree (bangunan tertinggi di Tokyo) dan Harajuku

Seterusnya kunjungan ke Nagano pula menyingkap seribu satu kenangan.

PEMANDANGAN Tokyo 360 darjah dari Shibuya Scamble Square.
PEMANDANGAN Tokyo 360 darjah dari Shibuya Scamble Square.

Negeri yang terletak di pertengahan utara Jepun dan kawasan yang sejuk serta bersalji.

Kami menetap di sebuah hotel lama iaitu bangunan asli rumah Jepun yang dijadikan hotel.

Harga sangat berpatutan ditambah dengan keindahan hutan dan air sungainya.

Kami juga bermain ski di Karuizawa Snow Park kira-kira enam kilometer dari hotel.

Di Nagano juga, kami sempat mengunjungi tiga bandar iaitu Nagano City, Karuizawa dan Narai.

Begitu juga dengan kunjungan ke Fukushima. Ia terletak di selatan wilayah Tohoku. Wilayah Tohoku paling dekat dengan Tokyo.

Fukushima adalah kawasan yang penuh dengan unsur budaya Jepun yang menarik seperti pemandangan bandar bersejarah, istana menghadap bandar.

Selain pelbagai tempat untuk melihat persekitaran semula jadi, kolam air panas.

BERMAIN ski di Karuizawa Snow Park.
BERMAIN ski di Karuizawa Snow Park.

Tidak ketinggalan ketika berada Akita, ada cerita menarik yang pastinya dikenang sepanjang hayat.

Akita adalah wilayah utara yang bergunung di Honshu dan pulau utama Jepun.

Ini adalah rumah bagi mata air panas, terutama yang terdapat di sekitar Tasik Tazawa.

Bandar Kakunodate pula mempunyai daerah bersejarah rumah samurai kayu dan ada antaranya dijadikan muzium.

Bersempadan dengan laut adalah ibu kota Akita yang terkenal dengan Kanto Matsuri.

Ketika festival musim panas, peserta menyeimbangkan tiang buluh panjang yang dihiasi dengan tanglung.

Selain itu, Tazawako, Lake Tazawa,Tsurunoyu Onsen dan Gozanoishi Shrine juga antara destinasi di Akita yang menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 7:00 AM