RAKAMAN CCTV menunjukkan kejadian.
RAKAMAN CCTV menunjukkan kejadian.

Beijing: Seorang budak perempuan berusia dua tahun cedera termasuk putus jari selepas tangannya tersangkut di dalam eskalator sebuah pusat beli-belah selepas terjatuh di celah plat lantai antara dua aras.

Kanak-kanak yang tidak dipantau ibu bapanya itu terjatuh di pusat beli-belah di Ji’an menyebabkan tangannya tersepit di celah eskalator terbabit.

Kejadian berlaku selepas bapa kanak-kanak itu asyik berbual dengan rakannya, manakala ibunya di restoran berhampiran, tempat keluarga itu sepatutnya makan bersama.

Seorang pekerja penyelenggaraan sempat menyelamatkan separuh daripada jari yang terputus, namun tidak diketahui sama ada pakar bedah berjaya menyambungnya semula.

Kejadian itu yang terbaru dalam beberapa nahas membabitkan eskalator di China, malah mangsa ini bernasib baik berbanding beberapa kes sebelumnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 11:28 AM