Polis memeriksa premis diserbu.
Polis memeriksa premis diserbu.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Kubu Bharu: Seorang remaja sekolah berusia 16 tahun adalah antara 24 individu ‘ejen judi’ yang diberkas polis kerana didapati terbabit dalam sindiket perjudian ‘Ma Biu’ kedai kopi.

Semua suspek terbabit diberkas polis menerusi serbuan besar-besaran Operasi Dadu (Ops Dadu) di 19 kedai makan dan kedai kopi sekitar Bukit Sentosa, Rasa, Serendah dan Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan dilakukan serentak di 19 premis yang dikenal pasti menjalankan kegiatan judi ekor tidak berlesen jam 12.30 tengah hari, semalam.

Menurutnya, semua 24 individu yang ditahan itu didapati berperanan sebagai ‘ejen haram’ bagi mengumpul pertaruhan judi ekor tidak berlesen daripada orang ramai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 8:01 AM