FAIZAL (tengah) digantung enam bulan.
FAIZAL (tengah) digantung enam bulan.
Oleh Saiful Affend Sapran

Kuala Lumpur: Siapa mampu menggantikan tempat Faizal Saari, Azlan Misron serta Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil?

Itu persoalan berlegar dalam fikiran ketua jurulatih skuad hoki negara Stephen Van Huizen selepas ketiga-tiga pemain berkenaan sudah tiada lagi dalam perancangan skuad negara ketika ini.

Mengaku bukan tugas mudah mencari pengganti ketiga-tiga tonggak negara itu, Van Huizen mencabar barisan pemain sedia ada membuktikan kepadanya mereka juga mampu mengisi tempat ditinggalkan Faizal, Azlan dan Tengku.

Faizal digantung enam bulan berikutan gagal hadir kem latihan skuad negara manakala Azlan mengumumkan persaraan. Tengku pula tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Kita bukan saja kehilangan Faizal. Azlan dan Tengku juga kini sudah tiada dalam skuad kebangsaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 6:40 AM