DESONG (kiri) menyuapkan makanan kepada anaknya.
DESONG (kiri) menyuapkan makanan kepada anaknya.
Agensi

Lianyungang (China): Seorang lelaki membuktikan kasih sayang seorang ayah mengatasi segalanya apabila dia menjaga anaknya yang terlantar sejak 46 tahun lalu.

Pada usia 95 tahun, Xu Desong dari timur Lianyungang, menyuap serta mengurut anaknya yang lumpuh setiap hari dan memandikan sekerap mungkin.

Menurut laporan Daily Online, Xu yang duda sejak 1995, turut melakukan tugasan lain termasuk membeli barangan dapur, memasak dan membersihkan rumah.

Anak sulungnya, Xu Baoyin, 65, lumpuh pada usia 17 tahun selepas tulang belakangnya ditimpa besi ketika membina rumah baru keluarganya.

Kemalangan itu merosakkan saraf tunjang Baoyin dan sejak itu, dia hanya terlantar di katil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 6:15 AM