TANGKAP layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
TANGKAP layar CCTV menunjukkan empat lelaki menaiki motosikal dipercayai membaling bom petrol terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Polis menahan dua lelaki hari ini, susulan kes pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom petrol, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penahanan itu menjadikan keseluruhan empat suspek ditahan setakat ini.

"Kesemua lelaki tempatan itu berusia 25 hingga 28 tahun dan direman selama empat hari mulai hari ini hingga 14 Mei. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol.

Kejadian itu turut tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2024 @ 1:52 PM