Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Kumpulan pertama 255 jemaah haji tajaan Program Khas Haji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Yayasan 1MDB selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 4 pagi ini.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengerusi Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah.

Jailani berkata, ketibaan jemaah haji berkenaan adalah antara 1,000 jemaah haji yang menyertai program berkenaan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Imam.

Beliau berkata, baki terakhir kumpulan jemaah haji itu akan tiba ke tanah air pada malam ini dan Selasa ini.

"Kesemua jemaah haji berada dalam keadaan baik dan dapat melaksanakan ibadat haji dengan lancar," katanya

Selain itu, katanya, pihaknya akan memohon kuota tambahan antara 100 hingga 200 tempat bagi program jemaah khas itu tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 6:47 PM