Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Kumpulan pertama 444 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan Saudi Airlines, 9.15 malam tadi.

Ketibaan jemaah haji berkenaan disambut Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata, kesemua jemaah berkenaan terdiri 205 jemaah lelaki dan 239 wanita berlepas dari Jeddah, kira-kira 7 pagi waktu tempatan.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana pergerakan jemaah haji kali ini berjalan lancar.

"Saya berharap jemaah dapat menjadikan pengalaman ketika berada di Tanah Suci sebagai panduan dan iktibar sekembalinya ke tanah air," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 6:06 PM