SHEILA  Rusly menunjukkan minyak wangi jenama Matahari.
SHEILA Rusly menunjukkan minyak wangi jenama Matahari.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Petaling Jaya: Celebreetiez Fragrance Marketing meletakkan sasaran jualan 20,000 sebulan bagi produk Perfume Sheila Rusly di bawah jenama Matahari pada tahun depan.

Pengurus Pemasarannya, Lily Soefi berkata, syarikat yakin minyak wangi Matahari itu akan mendapat sambutan kerana bukan saja menampilkan bauan yang harum dan segar, malah boleh dibawa solat.

Katanya, haruman Matahari juga mampu bertahan untuk jangka masa lebih lama iaitu sehingga 12 jam selain dijual pada harga mampu milik.

“Untuk permulaan, kami mengeluarkan sebanyak 30,000 botol Matahari dan walaupun baru dilancarkan pada 12 Disember lalu, penerimaan yang diterima cukup memuaskan.

“Selain Malaysia, kami akan mengintai pasaran negara lain seperti Singapura, Brunei dan Indonesia serta mempelawa mereka yang berminat menjadi pengedar,” katanya kepada Bisnes Metro di majlis pelancaran Matahari by Sheila Rusly di sini.

Menurutnya, untuk menjadi pengedar, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembelian minimum 40 kotak dan akan menerima dua bunting serta percuma kos penghantaran.

Lily berkata, harga minyak wangi Matahari ini hanya RM45 di Semenanjung dan RM48 Sabah serta Sarawak bagi 30 milimeter (ml).

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mempunyai lebih 30 pengedar dan menyasarkan 500 pengedar bagi tahun pertama di seluruh Malaysia.

“Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan wangian Matahari ini boleh melayari www.mataharisheilarusly.com atau Facebook (mataharisheilaruslyhq) dan Instagram (mataharisheilarusly),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 6:25 AM