Nasharuddin Muhammad


KUMPULAN pertama 483 jemaah haji Malaysia bagi musim 1438 Hijrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad Bin Abdulaziz di Madinah, 9.36 pagi waktu tempatan (2.36 petang waktu Malaysia).

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi tadi (waktu Malaysia).

Ketibaan mereka di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Pesuruhjaya Perdagangan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Khairul Annuar Abdul Halim; Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Nurinnanuwar Shamsuddin serta Konsul Haji, Mohammad Saimi Mat Som.

Sementara itu, Zainol mengalu-alukan kedatangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat menunaikan ibadah dengan baik dan memperoleh haji mabrur.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Mereka dijadual tiba dengan secara berperingkat bermula hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 8:37 PM
ZAINOL Rahim (tiga kiri) menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Madinah. FOTO Nasharuddin Muhammad
ZAINOL Rahim (tiga kiri) menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Madinah. FOTO Nasharuddin Muhammad