FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Golongan ulama dan ilmuwan perlu menjadi 'kuasa ketiga' dalam menyatukan parti politik sekali gus perpaduan dalam kalangan ummah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata usaha untuk mencapai titik persamaan antara kedua parti besar iaitu UMNO dan PAS perlu dimulakan oleh pihak tidak berkepentingan supaya objektif penyatuan itu dapat dicapai.

"Kita lihat golongan ulama dan ilmuwan ini tidak mempunyai kepentingan. Golongan ini hanya menginginkan perpaduan dalam kalangan pemimpin sekali gus mengelakkan sebarang pertelingkahan yang membawa perpecahan ummah.

"Saya yakin dan percaya penganjuran Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia 2015 ini boleh menjadi medan perpaduan memandangkan ia mewakili institusi yang dihormati iaitu Universiti Al Azhar," katanya dalam majlis penutup Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia 2015, hari ini.

Beliau berkata, dalam permuafakatan seharusnya semua pihak melihat kepada kekuatan masing-masing dan bukannya asyik membandingkan kelemahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 1:23 PM