SHEER and Perfect
SHEER and Perfect

Parut jerawat, lingkaran gelap bawah mata serta bintik hitam dan ton kulit tidak sekata menjadi kebimbangan kebanyakan wanita. Mereka berpendapat kuasa solekan dapat membantu menghilangkan kesan cela itu dan menjadikan wajah tampak mulus.

Bukan hanya mahu menonjolkan wajah bersih tanpa sebarang cela, wanita masa kini juga mahu wajah mereka tampak bercahaya secara semula jadi tanpa perlu solekan tebal.

Bagi memastikan keinginan itu menjadi realiti, Shiseido memperkenalkan Sheer and Perfect Compact bagi membantu menjadikan wajah tampak bercahaya secara semula jadi dengan tekstur solekan tipis.

Ini cara ideal menjadikan sentuhan solekan terakhir tampak cantik di samping membantu meratakan warna kulit wajah dengan formula SMK Glow up Powder.

Selain itu, pemakaian bedak kompak berkenaan juga membantu menampilkan kesan kulit yang lembap walaupun dengan sapuan nipis.

Di sebalik penggunaan formulanya yang unik itu, rekaan bekas bedak kompak itu juga menonjolkan gaya sofistikated. Lebih menarik perhatian apabila ia juga mudah disimpan dalam beg genggam kerana saiznya lebih tipis berbanding biasa.

Wajah mulus tanpa solekan tampak kurang menarik, justeru jenama berkenaan turut menampilkan koleksi alat solek untuk musim luruh dan dingin 2014.

Pengilat bibir Lacquer Rounge yang berkualiti tinggi itu didatangkan dalam lima pilihan warna berbeza sama ada Ophelia, Rose Grey, Viola, Tango dan Dollface.

Ia membantu menjadikan bibir tampak lebih halus dan mengurangkan tanda rekahan akibat bibir kering walaupun dengan hanya sekali sapuan.

Pengilat bibir yang diilhamkan daripada kraf tradisional urushi (perkataan Jepun untuk laker) bagi mengetengahkan keindahan keseniannya itu mengandungi bahan lembapan yang diperlukan bibir.

Sejak zaman dulu, urushi banyak digunakan dalam pembuatan mangkuk, kotak bertingkat dan bekas makanan lain. Kini, ia semakin banyak digunakan sebagai inspirasi bagi pembuatan barangan moden dan aksesori seperti cincin, gelang serta kerongsang.

Ini kerana sifat urushi yang tidak mudah retak dan fleksibel dengan suhu panas dan lembap menjadikan nilainya dianggap tinggi serta berkualiti.

Selain bibir, solekan mata juga tidak ketinggalan apabila jenama berkenaan turut menampilkan Luminizing Satin Eye Color Trio bersama warna kombinasi menarik.

Pilihan warna seperti Static, Vinyl dan Floracouture tampak glamor dengan tekstur satin berkilat memberikan sapuan menawan pada mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 5:30 AM